Cuti Sekolah 3 - Desa Dairy Farm


Cuti sekolah kali ini, kami tidak banyak berjalan jauh. Paling-paling pun ke Ranau, Kota Belud dan Kundasang. Walaupun budak-budak cuti, ibu-ibu dan bapa-bapa tetap perlu berkerja :D . Namun bila ada kelapangan, kami cuma untuk berjalan-jalan dan menghiburkan budak-budak di waktu cuti sekolah semester pertama. Antara tempat yang kami pergi termasuklah di Desa Dairy Farm yang terletak di tanah tinggi Mesilau di Kundasang.

Perjalanan ke Kundasang memakan masa sejam lebih. Tiba di sana, kereta kami terpaksa memanjat bukit curam untuk tanah tinggi Mesilau. Dengan, kereta yang penuh penumpang dan bukit yang curam, pendakian amat memeritkan. Gear 1 terpaksa digunakan dengan kerap bersama gear 2. Sengsara ehhh untuk ke sana.

Kawasan di sana agak cantik. Sayang sekali cuaca agak mendung, maka kureng susuai untuk tujuan fotografi. Tak banyak lembu yang kelihatan. Mungkin mereka agak jauh ke pendalaman kerana kami difahamkan kawasan ini amat luas sekali. Sempat juga bergambar dengan lembu-lembu yang ada. lembu Desa ya.. bukan lembu NFC :D. Trip yang menarik buat kami semua. Next time, mungkin akan ke sana lagi.

- Papa Roq