Penting Untuk Pelajar Kuasai Bahasa Inggeris


Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah penting, bukan sahaja untuk cemerlang dalam akademik bahkan menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata penguasaan bahasa Inggeris yang bagus juga akan memudahkan komunikasi antara rakyat di negara ini dengan negara luar, selain mampu menjamin hubungan mantap dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran 'In School Capacity Building' anjuran Hap Seng Tawau di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamisa yang juga wakil rakyat Tanjung Batu memuji usaha penganjuran program berkenaan yang bermanfaat dalam meningkatkan keyakinan para pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris.

Seramai 400 pelajar termasuk guru menyertai program berkenaan dengan pelbagai aktiviti termasuk kemahiran membaca, bercakap dan kemahiran mendengar dalam bahasa Inggeris.

Sumber: Bernama

0 Response to "Penting Untuk Pelajar Kuasai Bahasa Inggeris "

Catat Ulasan