Cuti Sekolah 4 - Tuaran Crocodile Farm


Tuaran Crocodile Farm ini terletak di Highway Sulaman berdekatan dengan Pantai Dalit dan Tuaran. Kalau dari rumah kami, kira-kira 15 minit perjalanan (dengan kereta). Dah banyak kali kami ke sini tetapi budak-budak tak kisah dan memang suka ke sini. As usual semua kena bayar tiket, kecuali Roq yang masih percuma!

Kebetulan semasa kami tiba, pertunjukkan buaya baru hendak bermula. Maka, kami terus ke sana dan menyaksikan pertunjukkan. Tak ada beza dengan yang dulu-dulu :D Namun, ok juga lah untuk layan budak-budak. Selesai pertunjukkan kami ke kandang-kandang buaya, kura-kura, ikan, ostrich, kambing dsb yang ada di taman buaya tersebut. Makanan binatang ada  dijual dan anda boleh beri makan kepada binatang-binatang ini, plus ambil gambar bersama mereka.

Ada juga dijual telur dan daging buaya buat sesiapa yang berminat. Ada siapa yang mau cuba?

- Papa Roq