Hore Hore - Konsert Kenangan Sudirman


Papa  Roq membesar di zaman 'moonwalk' dan rock kapak sedang mengganas. Zaman itu juga ada artis-artis lain seperti Jamal Abdillah dan Duran Duran :D Dan zaman itu juga ada hore..hore hip hip hore, orang biasa basikal tua. Siapa tak kenal Sudirman Hj Arshad., Penyanyi #1 Asia. Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.

Bagi mereka yang merindui lagu-lagu Allahyarham Sudirman, Papa Roq nak habaq sikit buat anda semua bahawa bersempena kempen AKUASUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan. Anda semua adalah dijemput menghadiri Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00 mlm pada 3 Jun 2012. Tak lama lagi tu.

Btw, Papa Roq cuma tolong kompang aje. Tak ada  share langsung dalam konsert nie :wink:

- Papa Roq