Matematik PMR 2014


http://goo.gl/cptFgE

Pagi tadi PR tengok siaran tutorial PMR Matematik di Astro. Ingat nak tolong anak PR yang mahu PMR tahun ni. Walaupun PR masa skul dulu agak ‘champion’ dengan subjek Matematik ini, namun perlu lihat juga silibus terbaru murid-murid sekarang. Lagipun masa PR tolong ajar dia masa UPSR dulu pun ada terasa sedikit kelainan pada soalan-soalan yang diberi. Lebih mencabar dari zaman dulu. Agak ADVANCED sikit.


Bila PR tengok siaran pagi tadi, PR rasa waduh-waduh agak mencabar ni. Macam Matematik SPM zaman dulu. Makin susah nampaknya dan lebih advanced budak-budak zaman ni belajar. Walaupun PR masih faham apa yang diterangkan, namun bukan senang nak ingat balik semua formula tu. Apalagi hendak diterangkan pada budak-budak. Macam gini kenalah anak pi tuisyen Matematik agaknya. Tak pun PR download dulu teknik mudah belajar Matematik UPSR. Mungkin lebih sonang faham kot. Ada ker? 

- Papa Roq