Dalam satu hari pekerja cuma boleh diminta kerja tidak lebih
8 jam sahaja atau dalam seminggu tidak melebihi 48 jam. Jika majikan mahukan
pekerja berkerja lebih masa kerja mereka, maka majikan perlu membayar gaji
mengikut kadar yang lebih tinggi atau kadar lebih masa (overtime rate).
Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 jika
pekerja adalah yang dilindungi oleh Akta tersebut.
Kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan selepas tamat masa kerja biasa tetapi tidak termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada masa hari cuti dan cuti umum
Maksud Gaji Di Bawah Akta Pekerjaan 1955:
Gaji pokok dan lain-lain pembayaran tunai kepada pekerja
bagi kerja-kerja yang dilakukan mengikut kontrak pekerjaannya (kerja yang tidak
berkaitan dengan kontrak kerja tidak termasuk dalam definasi gaji. Rujuk: Lee
Fatt Seng v Harper Gilfillan Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 270; [1988] 1 CLJ (Rep) 156
Wan Hamzah SCJ) tetapi tidak termasuk:-
- nilai pada mana-mana faedah seperti perumahan, makanan, minyak, eletrik, air, perubatan dsb.
- mana-mana sumbangan yang dibayar oleh majikan untuk kebajikan pekerja seperti tabung pencen, simpanan pekerja, skim persaraan dll.
- elaun perjalanan dan nilai konsesi perjalanan
- pembayaran kepada pekerja bagi perbelanjaan khas seperti entertainment allowances dsb.
- gratuiti atau bayaran bagi penamatan perkidmatan atau pencen.
- bayaran bonus tahunan atau mana-mana bahagian pada bonus tahunan.
Pengiraan Kadar Kerja
Lebih Masa Untuk Pekerja Bergaji Bulan:
OT Pada Hari Biasa
- 1½ x HRP (Kadar Gaji Sejam Yang Biasa)
OT Pada Hari Rehat/Cuti
- Jika OT selama 4 jam atau kurang:½ hari gaji pada ORP (Gaji Biasa Sehari).
- Jika melebihi 4 jam:1 hari gaji pada ORP.
- Melebihi 8 jam: 2x HRP
OT Pada Cuti Umum
- 8 Jam atau Kurang:2x Gaji pada ORP
- Melebihi 8 jam:3x ORP
Pengiraan Kadar Kerja
Lebih Masa Untuk Pekerja Bergaji Hari:
OT Pada Hari Biasa
- 1½ x HRP
OT Pada Hari Rehat/Cuti
- 4 jam atau kurang:1 hari gaji pada ORP
- Melebihi 4 jam:2x Gaji pada ORP
- Melebihi 8 jam: Tidak kurang dari 2x HRP
OT Pada Cuti Umum
- 8 jam atau kurang:2x gaji pada ORP
- Melebihi 8 jam:3x HRP
Bagi Maksud Kiraan Di atas, ORP adalah Kadar Gaji Sehari
(Ordinary Rate Of Pay) dan kiraannya adalah:
Bagi Maksud Kiraan Di atas, HRP adalah Kadar Gaji Setiap Jam
(Hourly Rate Of Pay)dan kiraannya adalah:
Sumber: Undang-UndangBuruh | Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa
Download: Cara Mudah Dan Berkesan Mengajar Anak Membaca
Download: Cara Mudah Dan Berkesan Mengajar Anak Membaca
- Papa Roq