Upgrading Taekwondo


Antara aktiviti yang Papa Roq amat galakkan kepada anak-anak adalah aktiviti sukan dan riadah dan ini termasuklah sukan Taekwondo. Seperti karate, silat dan lain-lain seni mempertahankan diri, Taekwondo bukanlah bertujuan untuk berlawan atau mempertahankan diri semata. Ia baik bagi tujuan senaman dan kecergasan diri. Ia juga boleh membantu membina disiplin dan kesabaran diri ahli-ahli Taekwondo.

Semua anak-anak Papa Roq kecuali Roq yang masih kecil lagi mengikuti pelajaran Taekwondo. Latihan adalah dijalankan seminggu sekali di sekolah mereka dengan tunjuk ajar dari coach atau assistant coach dari Pusat Taekwondo berdekatan.  Setiap tiga atau empat bulan pula akan diadakan ujian kenaikkan tali pinggan (upgrading).

Ramai yang pastinya setuju bahaa agak sukar untuk mengikuti pelajaran Taekwondo di sekolah. Ini kerana program-program sekolah dan kelas gentian akan menyebabkan latihan Taekwondo adakalanya terpaksa di batalkan. Di sini kerajinan dan insiatif diperlukan untuk maju dalam sukan ini. Latihan tambahan di rumah serta senaman setiap hari boleh membantu meningkaatkan keupayaan dan penyediaan bagi ujian atau upgrading Taekwondo.

Tidak seperti di zaman dahulu yang mana informasi atau maklumat agak sukar diperolehi. Zaman IT ini pula agak mudah dengan maklumat dihujung jari anda. Jika terlupa akan teknik-teknik yang telah di ajar oleh coach, anda boleh merujuk kembali dengan melayari internet di rumah atau di kafe siber.

Antara maklumat-maklumat yang boleh diperolehi termasuklah teknik-teknik tendangan dan tumbukan boleh di cari menerusi laman-laman web dan laman video YouTube. Mungkin ramai yang lupa bagaimana hendak melakukan ‘Taegeuk’ bukan? Google sahaja di internet dan perhatikan cara ia dilakukan oleh pakar. Ikut kemampuan anda iaitu kepantasan yang paling senang anda pelajari di video. Ada banyak video Taegeuk yang dihasilkan dan dimuat naik di YouTube dengan kepantasan yang berbeza-beza. Pilih mana yang sesuai dengan anda.

Apabila latihan kerap dibuat di rumah maka ia akan jadi mudah untuk dipraktikan. Anda boleh tanya dengan coach samada terdapat kesilapan-kesilapan yang anda buat setelah belajar sendiri menerusi video YouTube yang adakalanya boleh mengelirukan sedikit. Jadi untuk memastikan kesilapan-kesilapan dapat diperbaiki, pandangan dan nasihat coach haruslah diperolehi.

Untuk level yang lebih tinggi iaitu hijau dan ke atas, senamana dan latihan perlu lebih kerap dilakukan. Kaki dan tangan hendaklah lebih flexible dan mantap agar tendangan yang sempurna dapat dilakukan. Tendangan ‘sidekick’ perlulah mencapai 90°, baru lah sempurna. Namun, tanpa latihan dan senaman ia tidak boleh dilakukan. Mereka yang bertalipinggang hijau perlu menghafal Taegeuk 1 hingga 3 bagi persiapan ‘upgrading’.

Untuk talipinggang hijau dan ke atas juga, anda diperlukan untuk ‘sparing’. Oleh itu kepantasan dan kecergasan diperlukan untuk menewaskan lawan dan menyakinkan ‘master’ anda. Sekali lagi ini memerlukan senaman dan latihan yang kerap. Selain dari itu, melihat video ‘sparing’ di YouTube juga boleh membantu.

Papa Roq