Nasi Ayam Penyet Koki Bandung


Sudah lama tak perkena Nasi Ayam Penyet, masakan Indonesia yang popular di negara ini. Ya lah, anak-anak Papa Roq kurang gemar makan masakan pedas seperti Nasi Ayam Penyet ini, maka kalau hendak layan masakan sebegini kena pergi sendiri-sendiri lah. 

Baru-baru ini Papa Roq mencuba makan Nasi Ayam Penyet di Restoren Koki Bandung yang terletak di Food Court di Suria Sabah. Ia sebenarnya adalah cawangan kepada Restoren Koki Bandung yang menjual masakan Indonesia yang terletak di Alamesra, tak jauh dari 1Borneo. Walaupun Cuma cawangan, ia tetap menampilkan pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Ayam Penyet, Kambing Penyet, Ayam Pukul, Pecel Lele, Ikan Terbang dan Soto Bandung


Walaupun Papa Roq ada terasa hendak cuba makanan lain, namun oleh kerana dah lama tak pekena dan kepingin melayan Ayam Penyet, maka Papa Roq dahulukan Ayam Penyet dulu lah. Mungkin lain kali, boleh cuba makanan lain dan buat review di sini, insya-allah. 

Harga Nasi Ayam Penyet di Restoren Koki Bandung ini adalah RM 8 satu set. Ia mengandungi yang biasa-biasa lah: Ayam Goreng, Nasi, Sambal, Terung dan Tempe. Nasi Ayam Penyet di Koki Bandung ini agak kurang pedas jika dibandingkan di Restoren Daun Pisang tetapi mungkin sedikit pedas dari di 1Borneo. 

Ayam Goreng di goreng cukup rangup dan menyelerakan dan ia dimasak secukupnya dengan rempah yang secukup rasa. Sambalnya walaupun kurang pedas, namun tetap mempunyai ‘kick’ tersendiri dan of course, tempe memang sedap dimakan begitu sahaja. 

Bagi mereka yang mahu cuba Nasi Ayam Penyet Koki Bandung, anda boleh ziarahi kedai mereka di tingkat 3 Suria Sabah atau di Alamesra, tidak jauh dari Balai Polis Alamesra dan Pejabat Bina Puri. 

- Papa Roq