Mengurangkan Air Tak Berhasil


Perkataan "Air Tak Berhasil" ini bagi PR amat mengelirukan dan adakalanya berbunyi agak lucu. Ia diterjemahkan dari perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu "Non-Revenue-Water" (NRW). Ia merujuk kepada air yang telah dirawat atau proses yang gagal sampai kepada pengguna. Lantaran itu, pihak yang terbabit dalam menghasilkan air yang dirawat ini mengalami kerugian kerana ia tidak dapat di bil kan kepada pengguna. Dalam kata lain,ia adalah air yang tidak memberi pulangan hasil kepada syarikat air yang membekalkannya. "Air Tak Berhasil" juga difahamkan sebagai perbezaan di antara jumlah pengeluaran yang dibekalkan ke dalam sistem agihan dengan jumlah penggunaan sah yang di bil kan.

Di Malaysia, paras semasa kadar air tak berhasil (NRW) secara purata adalah 36%. Negeri Pahang mencatatkan paras peratusan NRW yang tertinggi iaitu sebanyak 52.86 % pada tahun 2008 dan 55.64% pada tahun 2010. Pulau Pinang pula mencatatkan paras peratusan NRW yang terendah iaitu sebanyak 16.9% pada tahun 2008 dan 18.03 % pada tahun 2010. [Sumber: Konsumer.Net].

Semakin tinggi kadar air tak berhasil ini, maka ia semakin merugikan negara dan pengguna air semua. Oleh itu, langkah-langkah mengurangkan kadar "Air Tak Berhasil"  ini hendaklah sentiasa di jalankan dari semasa ke semasa. Pemantauan dan operasi pembaik pulih berterusan perlu ada bagi mengatasi masaalah ini. Namun, ini bukanlah tugas yang amat mudah.Kerjasama orang ramai dalam memberikan maklumat juga perlu agar pihak-pihak berkenaan dapat segera menjalankan kerja-kerja penyelengaraan dan pemulihan.


Terdapat dua komponen dalam NRW atau pun "Air Tak Berhasil"  ini. Kedua-dua nya adalah:
  1. Kerugian Komersial (Commercial losses)
  2. Kerugian Fizikal (Physical losses)

Kerugian komersial merujuk kepada kerugian dari segi kewangan akibat dari aktiviti-aktiviti menipu seperti sambungan salah, sambungan paip yang tidak di daftarkan, meter yang tidak berfungsi dan sebagainya.

Kerugian fizikal pula merujuk kepada kerugian akibat kerosakan fizikal seperti tangki atau paip yang pecah, paip bocor dan lain-lain lagi.

Reducing and controlling NRW is complex. Though there were many programs carried out to reduce NRW in the country, they have become ineffective in the long run. This was because if programs achieve an initial reduction in NRW levels, they often increase again over the years to the same or even higher levels than before the program due to poor follow through actions. Our experience in Malaysia had shown that both apparent and real losses have a natural tendency to increase if nothing is done: more leakage will occur, there will be more defective meters, and information on customers and networks will become more outdated - Suruhajaya Perkhidmatan Air Malaysia

Terdapat pelbagai kelemahan yang telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam menangani isu NRW di Malaysia. Antaranya seperti berikut:

• Tiada program atau perancangan pengawalan kebocoran secara aktif
• Peruntukan penyelenggaraan yang kecil
• Kekurangan kakitangan yang kompeten
• Pengurusan asset yang lemah
• Pelaksanaan dan penyelenggaran sistem bekalan air yang tidak sistematik
• Kelemahan dari segi sistem teknologi maklumat
• Kelemahan dari segi sistem pengumpulan data
• Pemahaman pengurusan kebocoran kurang diberi perhatian
• Air dianggap bukan satu perkara yang bernilai disebabkan oleh kadar harga yang rendah
• Kehilangan air bukan isu utama

Oleh itu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah bertindak bagi mengatasi masaalah-masalah ini dan diharapkan kadar air tak berhasil (NRW) dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Insya-allah...

- Papa Roq