LEGO Creation Dari Likes.Com


Pernah dengar mengenai LEGO Creation dan LEGO Builder? Ia merujuk kepada pereka-pereka model LEGO bebas yang menghasilkan LEGO ‘custom made’ yang tidak terdapat atau dijual di kedai-kedai. Hasil-hasil mereka adalah hebat sebagaimana yang telah Papa Roq pos kan di sini dulu: Gubahan LEGO Bandar Alien. Ia boleh di ‘google’ di internet dengan menggunakan kata kunci ‘LEGO Creation’.

Di sini ingin Papa Roq kongsikan beberapa lagi hasil LEGO yang menarik yang di terbitkan di website Likes.Com . Antara yang menarik termasuklah LEGO Angry Bird, LEGO Mazda dan LEGO Enjin Kereta. Walaupun tidak sebesar dan sehebat yang terdapat di Legoland Malaysia, namun ia tetap hebat kerana dihasilkan oleh pereka bebas yang tidak punyai banyak bahan-bahan.



LEGO-LEGO ini dihasilkan sendiri oleh pereka-pereka LEGO bebas dan jika anda berminat anda boleh mencuba menghasilkan kerya anda sendiri juga. Untuk latihan permulaan, rujukan boleh dibuat dpada buku: LEGO Ideas Book Ia memberi sedikit idea dan latihan akan cara-cara membuat LEGO Creation anda sendiri.

- Papa Roq