Alahai Dapat Anak Kucing Lagi!


Setelah lama berpacaran, ibu kucing yang menumpang di rumah kami pun hamil dan kini beranak lagi. Seperti anak-anak nya terdahulu, kami pun membantu menjaga mereka dan memberikan makan dan minuman serta melindungi dari ancaman luar. Ini termasuklah dari serangan anjing di luar rumah serta cuaca panas dan hujan. Cuma, kali ini kami lebih efficient kerana menghadapi situasi sebegini buat kali ketiga dengan ibu kucing. Cuma kami jangkakan, bila besar nanti, ada anak-anak kucing yang akan membawa diri atau berjumpa ‘boy friend’ dan berpindah ke tempat lain. Anak-anaknya yang terdahulu pun, cuma satu sahaja lagi yang masih menumpang dan mendapatkan perlindungan kami. Ha ha...

Kami sebenar tidak ‘adopt’ kucing ini sebagi binatang perliharaan. Oleh itu, mereka tidak tinggal di dalam rumah atau dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Kami cuma melindungi mereka atas dasar kemanusiaan dengan memberikan makanan dan tempat tinggal di hadapan rumah kami (di halaman rumah). Mereka bebas untuk keluar masuk atau berpindah jika mahu. Mereka diberi makan dan minum tetapi kalau kami pergi jalan-jalan, pandai-pandai lah cari makan sendiri yer!

Satu yang penting mengenai anak kucing yang baru lahir ialah ia amat sukar untuk hidup tanpa ibunya. Malahan, peluang mereka untuk hidup sebenarnya 30% sahaja tanpa si ibu. Proses membersihkan dan menyusukan mereka juga amat susah dan sebaiknya jangan sekali-kali memisahkan anak kucing dengan ibunya.

Masaalahnya, adakala si ibu kucing kadang-kadang meletakkan anak di kawasan yang tidak sesuai seperti di pokok bunga kita, belakang mesin basuh kita dan sebagainya. Bila kita angkat anak-anak dia ke tempat lain, terus dia tafsirkan kita hendak ambil anak-anak dia dan dia dengan suka hati melepaskan tanggungjawab pada kita. Payah kan?

Oleh itu, jangan terburu-buru untuk pindahkan anak kucing ke tempat yang selesa. Biarkan ibu kucing sekurang-kurang 2 – 3 hari bersama-sama anak-anak yang baru lahir itu. Sediakan rumah baru mereka dalam rumah anda dan pastikan ibu kucing boleh dikurung dalam baru itu.

Kemudian pindahkan anak-anak kucing bersama ibu mereka dalam rumah baru itu dan pastikan selama beberapa hari ibu kucing tidak boleh berjauhan dengan anak kucing. Kurung bersama anak-anak kucing jika perlu dan berikan ibu kucing makan secukupnya terutama setelah dia selesai menyusukan anak-anak nya. Selepas seminggu, anda sudah boleh membiarkan ibu kucing bergerak bersendirian. Kalau dia jalan-jalan ‘berdating’ sekalipun, dia akan kembali semula untuk melihat anak-anaknya. Dengan ibu kucing menjaga anak-anaknya, maka terjamin kesihatan anak-anak kucing itu. Anda cuma perlu memastikan ibu kucing mendapat cukup makan, membantu membersihkan anak-anak kucing terutama di bahagian mata serta meletakkan rumah/kandang mereka di tempat yang selamat di dalam atau di halaman rumah anda.

By the way, semasa artikel ini di pos ke blog, anak-anak kucing telah pun berusia 14 hari. Mereka kini boleh membuka mata dan berjalan menggunakan kaki mereka sendiri. Tak lama lagi, pastinya mereka boleh mula berdikari tanpa bantuan kami lagi. 

- Papa Roq