Optimus Prime Menanti Anda Di McDonald



Permainan (toys) yang ditawarkan oleh restoren segera McDonald memang selalunya menarik dan agak berkualiti. Itu sebabnya Papa Roq tidak rasa rugi untuk membelikan si Roq McDonald Happy Meal yang datang bersama mainan ini. Jika sebelum ini, McDonald menawarkan mainan Ben 10 dengan alien-alien seperti Ultimate Humungousaur, Ultimate Eco Eco dan Rath, kali ini satu lagi permainan yang diinspirasikan dari cerita kartun popular, Transformers pula muncul. Seperti biasa, ia percuma dengan pembelian Happy Meal atau boleh dibeli dengan harga RM 3.00 setiap satu bersama mana-mana pembelian yang lain.

Adalah menjadi stail, McDonald tidak mengeluarkan semua permainan sekaligus. Setiap karektor yang dikeluarkan akan dijual satu persatu setiap minggu dan untuk minggu pertama ini, McDonald menawarkan Roq dan adik-adik semua ketua Autobot iaitu Optimus Prime yang gagah perkasa itu.
Optimus Prime memang kacak dan McDonald membuatnya dengan berkualiti dan rasanya tak mudah rosak. Ia akan berada di kaunter McDonald sehingga 31hb Oktober inin. Selepas Optimus Prime, akan menyusul pula giliran , Megatron  (1 hingga 7 November 2012) dan diikuti pula oleh Bumblebee dan StarScream. Adik-adik yang sukakan Transformers, sila lah bawa ibu bapa anda ke McD setiap minggu ok.

 - Papa Roq