Mahrajan J-QAF Peringkat Kebangsaan 2012


Mahrajan (Ihtifal ) J-QAF Peringkat Kebangsaan 2012
Mungkin ramai yang tidak sedar akan pertandingan ini dan sebenarnya ia pun baru dimulakan tahun lalu. Namun tidak semua negeri mengambil bahagian seperti tahun ini. Tahun ini ia berlangsung di Universiti 
Teknologi Malaysia di Skudai. Juara-juara Mahrajan J-QAF peringkat negeri akan bertarung pula di peringkat kebangsaan dan keputusannya bakal diperolehi pada hari Selasa, 23hb Oktober 2012.

Bagi mereka yang tahu lebih lanjut - Program J-QAF adalah singkatan daripada perkataan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Program j-QAF ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah yang terpilih bermula sejak tahun 2005 lagi. Objektif perlaksaananya adalah mejurus kepada  usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam Pendidikan Islam iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan.
Bagi memantapkan program j-QAF ini dan mengukuhkan penghayatan Islam dalam kalangan murid, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan- Jabatan Pendidikan negeri, merancang untuk melaksanakan Majlis Khatam Al Quran Peringkat Negeri (MKQSS) dan Kebangsaan mulai tahun  2006.

Pertandingan ini diperbaiki dan dipertingkatkan menjadi Mahrajan (Ihtifal ) J-QAF Peringkat Kebangsaan  dan tahun Mahrajan (Ihtifal ) J-QAF Peringkat Kebangsaan 2012 akan berlangsung di UTM dari 22 hingga 23 hb Oktober 2012.


Update:
Keputusan Mahrajan J-Qaf 2012 peringkat kebangsaan. Bagi acara Kalam Jamae’, satu-satu acara yang dipertandingkan diperingkat kebangsaan pemenangnya adalah negeri Terengganu. Tempat ke dua diduduki oleh negeri Johor, manakala ke tiga adalah Pahang. Pasukan negeri Sabah yang turut disertai oleh puteri Papa Roq, Eyan Berjaya meraih tempat ke lima, satu pencapaian yang baik kerana ini kali pertama Sabah menyertai peringkat kebangsaan. Tahniah buat semua perserta Mahrajan J-Qaf 2012.


- Papa Roq