Drama Bersiri Korea Di IFlix



Kebelakangan ini Mama Roq agak melekat di smartphone dan menonton drama bersiri Korea di IFlix. Ada banyak movie, sitcom dan sebagainya, namun drama Korea yang menjadi minatnya.

Oleh kerana kami membayar agak besar untuk servis internet sebulan, maka kami hentikan khidmat Astro. Dengan broadband, bukan sahaja kami boleh melayari laman web, malahan juga menonton movie, live streaming, main game dan muat turun pelbagai benda. :D

Tambahan pula ada laman free macam iflix, Hypp TV dll, Astro agak kurang diperlukan. Jika perlu subscribe laman seperti Netflix, kami akan buat untuk tempoh masa yang singkat. Jimat belanja sikit!

Kelebihan Astro hanyalah pada kualiti gambar dan kurangnya gangguan bila talian overload. Maklumlah ramai yang ada device di rumah. Semuanya menyedut internet. 

Drama Bersiri Korea

PR pun kurang pasti cerita apa yang ditonton oleh MR. Namun, nampak macam menarik juga. Tapi, PR tak sanggup nak ikut tonton. Panjang sirinya geng. Tak cukup masa nak tonton.
















0 Response to "Drama Bersiri Korea Di IFlix"

Catat Ulasan