Bahasa Inggeris Penting Dalam Kerjaya Masa Kini

Bahasa Inggeris


Umum tahu yang dunia telah lama memasuki era globalisasi. Oleh itu, kita perlu peka dengan perkembangan alaf baru dan tidak tertinggal olehnya. Bagi memastikan kita 'up to date' atau terkini, kita perlu meningkatkan pengetahuan dengan ilmu yang relevan. Di sini, Bahasa Inggeris amat penting kerana ianya bahasa ilmu.

Selaras dengan peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, banyak organisasi di seluruh negara telah menggunakan bahasa ini sebagai bahasa perantaraan dan komunikasi. 

Lantaran dengan itu juga, kefasihan menggunakannya amat penting dalam membina kerjaya kita agar terus cemerlang dan berkembang. 

Temuduga Kerja
Hari ini kebanyakkan temuduga kerja juga dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Malah, banyak syarikat-syarikat di seluruh negara turut melaksanakan ujian bertulis bagi menguji kecekapan penggunaan bahasa ini. Agar menyulitkan jika kita tidak dapat mengusai bahasa ini dan akibatnya peluang kita terhad kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja dan pastinya tiada peluang untuk menyertai syarikat-syarikat besar dan multinasional

Dari segi perkembangan kerjaya pula, kenaikan pangkat kita akan terbantut kerana menghadapi kesukaran memberikan pandangan dan ekspresi diri. Pihak pengurusan juga sukar untuk melihat potensi dan keupayaan kita.

Atas sebab itu, kita perlu mengambil insiatif diri bagi memperbaiki kelemahan agar dapat terus bersaing dan membina kerja yang lebih baik lagi.



0 Response to "Bahasa Inggeris Penting Dalam Kerjaya Masa Kini"

Catat Ulasan