Domain Authority: Blog Malaysia Terunggul

Menghasilkan blog yang unggul adalah idaman ramai blogger. Blog yang hebat dan unggul pastinya menarik minat ramai pembaca dan pengikut serta memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Ada banyak ciri-ciri blog Malaysia terunggul atau Malaysia Best Blog yang boleh kita gunakan sebagai kayu pengukur. Antaranya, melihat kepada:

  • trafik (rank Alexa)
  • populariti di media sosial
  • pengikut
  • dan sebagainya

Hari ini kita akan beri tumpuan pada aspek kekuatan atau "authoriti" yang ada pada sesuatu blog atau terma yang digunakan dalam SEO iaitu "domain authority" (DA).

Apa itu "Domain Authority"?

Domain Authority adalah "website metric/analytic" yang dibangunkan oleh Moz. Ia digunakan bagi mengukur kekuatan sesuatu laman web atau blog bagi tujuan SEO. Ukuran kekuatan di buat pada skala 0 hingga 100. 

Amnya, laman web atau blog yang punyai score card yang tinggi (90 ke atas) punyai kedudukan yang baik dalam enjin carian dan mendapat banyak trafik organik.


Page Authority

Ia juga satu "website metric" yang dibuat oleh Moz bagi skala kecil iaitu bagi mengukur kekuatan sesuatu laman (single page) sahaja. Sama juga dengan DA, laman yang punyai score card yang baik punyai potensi untuk ranking yang lebih tinggi dan trafik yang lebih baik. Cuma tak semestinya di atas sekali. Akan tetapi, pakar-pakar SEO biasanya mencari laman-laman yang tinggi PA untuk mengambil sedikit 'juice' kekuatan mereka bagi membantu mereka memperbaiki kedudukan laman web mereka pula.

Kepentingan DA dan PA

Dengan Google nampaknya tidak akan mengemaskini lagi algorithma Page Rank mereka, maka DA dan PA adalah penting dalam mencari pautan-pautan berkualiti bagi laman web atau blog anda. Ia sekaligus akan membantu menaikkan pula DA dan PA anda pula.



Memperbaiki DA dan PA Anda

Prinsip utama yang diutarakan oleh Neil Patel dari Quick Sprout bagi memperbaki DA dan PA anda adalah amat MUDAH sekali (dalam teori) iaitu:-
  • Tambahkan pautan berkualti ke laman web/blog anda
  • Kurangkan (atau lebih baik lagi hapuskan) pautan tidak berkualiti ke laman/blog anda.
Bagaimana hendak buat kedua-dua di atas, terpulang kepada anda. Yang penting ialah pastikan anda ikuti semua prinsip atau best practice dalam SEO!

Senarai Blog Malaysia Terunggul

Mari kita lihat beberapa blog Malaysia terunggul/Malaysia Best Blog dengan DA dan PA yang tinggi dan hebat itu. Untuk mencapai DA yang tinggi, umur blog turut memainkan faktor yang amat penting.

Lebih lama usianya, maka lebih tinggi DA nya juga.

Berikut adalah blog-blog Malaysia dengan DA yang agak tinggi:
  1. Hongkiat's Design Weblog (80/100)
  2. Raymond.CC Blog (51/100)
  3. Paultan (47/100)
  4. Liew CF (47/100) 
  5. Zeo (46/100) 
  6. Oh I See Red (44/100) 
  7. Denaihati (43/100)
  8. CheDet (43/100)
  9. Amanz (42/100)
  10. Lim Kit Siang (42/100) 
  11. Anwar Ibrahim (42/100)
  12. Roti Kaya (40/100)
  13. Emilatopia (40/100)
  14. Huai Bin Weblog (39/100) 
  15. Malaysia Asia (39/100)
  16. Lee Samantha  (39/100) 
  17. Rocky's Bru (39/100)
  18. Eizil (38/100)
  19. Hasrul Hassan (38/100)
  20. Ben Ashaari (38/100)

Adakah blog anda tersenarai dalam blog Malaysia terunggul di atas?

Untuk makluman saya tiada masa untuk memeriksa semua blog-blog yang ada di Malaysia. Oleh itu, senarai di atas hanya mengandungi blog-blog:-
  • Pada "Top Level Domain" sahaja (blogspot, wordpress dan sebagainya tidak punyai DA sendiri).
  • Kebanyakkan terdiri dari blog-blog personal dan lifestyle
  • Yang sempat saya periksa hari ini
Akhir kata, selamat maju jaya dan sama-sama kita tingkatkan DA kita untuk memasuki senarai.

Blogger Malaysia boleh!

0 Response to "Domain Authority: Blog Malaysia Terunggul"

Catat Ulasan