Ada yang berfikir penemuduga akan bertanya soalan yang mudah dan berbentuk peribadi sahaja dan mereka boleh 'goreng' di waktu temuduga nanti.
Ini tanggapan yang silap.Oleh itu, calon-calon perlu bersedia menghadapi apa bentuk soalan pun samada ianya soalan peribadi, tentang tugas yang bakal dilakukan, pengalaman lalu mahupun mengenai bakal majikan.
Setiap soalan yang diajukan bertujuan untuk mendapat gambaran jelas karektor dan keperibadian serta keupayaan calon.
Bila Temuduga Bermula?
Oleh itu diperingkat ini lagi, anda sudah buat persiapan. Pakaian hendaklah segak, wajah hendaklah ceria dan anda sudah siap sedia dengan 'pembuka kata'.Satu perkara yang anda harus ingat adalah TEMUDUGA BERMULA sebaik sahaja anda masuk ke bilik temuduga.
Pembuka kata ini penting untuk legakan ketegangan dalam bilik temuduga.
Orang putih kata 'to break the ice'.
Dugaan
Bersiap sedia juga untuk menghadapi 'hostile reception'. Ada penemuduga cuba wujudkan situasi ini untuk melihat respond anda. Jangan mudah marah dan rasa tension bila penemuduga buat-buat tak layan anda atau biarkan anda menunggu lama.
Ini dugaan yang bakal di tempohi anda di tempat kerja nanti.
Oleh itu, anda perlu tunjukkan anda seorang yang komited, bersungguh-sungguh dan mampu menghadapi pelbagai cabaran.
Ini dugaan yang bakal di tempohi anda di tempat kerja nanti.
Oleh itu, anda perlu tunjukkan anda seorang yang komited, bersungguh-sungguh dan mampu menghadapi pelbagai cabaran.
Menghadapi Soalan Temuduga
Sebaik sahaja soalan-soalan temuduga diajukan kepada anda, anda hendaklah menjawab dengan:-
- lancar
- tenang
- jelas
- dengan wajah yang ceria.
Ini tidak akan dicapai jika anda tidak bersedia!
Sekiranya jawatan yang dipohon adalah jawatan eksekutif dan ke atas, besar kemungkinan soalan adalah dalam Bahasa Inggeris.
Oleh itu pastikan anda perbaiki Bahasa Inggeris dan jika perlu ramalkan soalan yang akan keluar dan hafal jawapan-jawapan anda nanti agar anda tidak panik.
Sekiranya jawatan yang dipohon adalah jawatan eksekutif dan ke atas, besar kemungkinan soalan adalah dalam Bahasa Inggeris.
Oleh itu pastikan anda perbaiki Bahasa Inggeris dan jika perlu ramalkan soalan yang akan keluar dan hafal jawapan-jawapan anda nanti agar anda tidak panik.
Temuduga Ibarat Peperiksaan
Antara perkara penting yang anda perlu buat sebelum temuduga adalah menyediakan seberapa banyak soalan yang bakal di tanya oleh nanti. Kemudian anda perlu sediakan pula jawapan yang patut anda kemukakan pula.
Ingat jawapan jangan asal ada sahaja!
Berikan Jawapan Terbaik
Pastikan anda buat kajian tentang bagaimana memberikan jawapan yang baik yang tidak akan buat penemuduga kurang selesa atau tidak yakin dengan kemampuan anda.
Contoh:
Jika anda penemuduga bertanyakan soalan mengenai diri anda. "Tell us about youself".
Jangan pula anda ceritakan mengenai anda lahir di mana, tahun berapa, sekolah di mana atau membesar di mana. JANGAN!
- Gunakan setiap soalan untuk mempromosikan diri anda.
- Anggap ia satu peluang untuk tunjukkan keupayaan anda.
Oleh itu, bila penemuduga bertanya "Tell us about youself", sila ceritakan dengan ringkas kelayakkan anda, pengalaman kerja dan apa kelebihan anda seperti:
- I'm hardworking
- I'm very thorough with my work
- I'm a team player
- dan sebagainya.
Penemuduga juga mungkin akan bertanya soalan berkaitan jawatan-jawatan yang lepas, mengapa anda berhenti kerja atau memohon jawatan sekarang serta apa yang anda tahu mengenai jawatan yang sedang mohon itu?
Pastikan anda bersedia dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan. Baca buku panduan-panduan temuduga atau video yang boleh anda perolehi di kedai atau di internet. Jangan biarkan peluang anda terlepas dan berusaha keras untuk tentukan nasib anda sendiri.