Frozen - Do You Want to Build a Snowman?


Antara lagu yang anak-anak PR gemari dalam filem box-office, Disney, Frozen adalah lagu Do You Want to Build a Snowman? Ia dinyanyikan oleh tiga orang penyanyi bagi watak Anna pada umur 5, 9, dan 15. Sepanjang lagu tersebut dimainkan dalam filem Frozen, Anna dan Elsa membesar dalam rumah yang sama tanpa dapat berjumpa dan pada penghujung lagu ibubapa mereka meninggal dalam kapal yang ditenggelami ombak laut. Amat sedih biarpun lagu ini agak comel terutama dipermulaanya bila dinyanyikan oleh Anna pada umur 5 tahun, suara oleh Katie Lopez iaitu anak kepada penulis lagu Robert Lopez dan Kristen Anderson-Lopez.


Pada umur Anna 9 tahun, suara diambil alih oleh Agatha Lee Monn iaitu anak kepada pengarah filem, Jennifer Lee. Akhirnya bila dewasa, ramai yang pastinya tahu suara Anna dikendalikan pula oleh pelakon terkenal Hollywood, Kristen Anne Bell.

Walaupun lagu 'Let It Go' merupakan hit utama bagi filem Frozen, namun bagi peminat-peminat cilik Frozen yang dibangku Tadika, 'Do You Want to Build a Snowman?' pastinya favourite mereka. Sesiapa yang belum pernah dengar lagu, jom lah dengar.

- Papa Roq