Penduduk China Tidak Minat iPhone Dan Samsung Galaxy?


Pengaruh Apple dan Samsung dalam pasaran telefon pintar amatlah kuat sekali. Rata-rata pasaran telefon pintar diserata dunia dikuasai oleh dua jenama utama ini. Siapa yang tidak minat guna iPhone 5 dan Samsung Galaxy S5. Semua mahu kan? Mengikut lapuran yang dikeluarkan oleh laman web telefon pintar terkemuka di dunia, Gartner.Com, pasaran telefon pintar dunia dikuasai oleh Samsung yang menguasai 32.1% dari pasaran. Apple menduduki tempat ke dua dengan 12.1% manakala Lenovo di tangga ke tiga dengan 5.1%. Namun prestasi kedua-dua gergasai telefon pintar ini merosot dalam pasaran di negara China:



Melihat carta yang disediakan oleh Statista.Com di atas yang berdasarkan oleh kajian dari CounterPointResearch.Com, pengaruh Samsung di pasaran China cuma 18% sahaja, manakala Apple ialah 10%. Dua pengeluar telefon pintar dari negara China iaitu Lenovo (12%) dan Xiaomi (11%) berjaya mengatasi Apple bagi pasaran dalam negara China. Ini pastinya membuatkan kedua-dua syarikat gergasi itu untuk berfikir panjang kerana potensi yang besar dalam pasaran negara China.  Malahan bagi tahun 2014 sahaja, pengguna telefon pintar di negara China adalah hampir 5 kali ganda dari di Amerika Syarikat. Lihat carta di bawah:


Jadi apakah sebabnya rakyat China lebih gemarkan produk negara sendiri? Patriotik? Harga? Sebab lain? Berikan pandangan anda dalam kotak komen di bawah.

Carta kredit kepada: Statista.Com

- Papa Roq