Salah satu masaalah yang wujud di zaman ini yang
merungsingkan setiap isi rumah adalah kes-kes kecurian yang semakin meningkat.
Lebih menakutkan jika penjenayah-penjenayah bertukar menjadi ganas dan
melakukan rompakan bersenjata serta mencederakan isi rumah. Oleh itu, langkah
berjaga-jaga perlu dibuat bagi mengatasi masaalah ini. Bagi mereka yang
berkemampuan, mengajikan pengawal keselamatan dan memasang CCTV adalah antara
langkah-langkah yang boleh dilakukan. Bagaimana pula yang tidak berkemampuan?
Jika kita tinggal di sebuah kawasan perumahan, maka sifat
bantu membantu dan bertegur sapa harus diamalkan. Sebuah kawasan perumahan yang
penduduknya mengamalkan kemufakatan dan sikap bekerjasama boleh menyelesaikan
banyak masaalah sosial dan jenayah tanpa perlu mengharapkan sangat bantuan dari
pihak berkuasa.
Jira-jiran yang sepakat boleh menubuhkan satu komuniti
bersama bagi menjaga keselamatan dan kepentingan bersama dalam komuniti mereka.
Mereka boleh menubuhkan sektor Rukun Tertangga dengan bantuan Jabatan Perpaduan
dan bersama-sama membendung masaalah sosial di tempat mereka. Jabatan Perpaduan
turut menyediakan bantuan kewangan dan fasiliti bagi menjayakan program-program
Rukun Tertangga. Malah di bawah satu organisasi seperti Rukun Tertangga ini mudahlah
bagi mendaptkan bantuan yang diperlukan dari pihak-pihak lain bagi menjayakan
program keselamatan dan lain-lain program yang berfaedah buat masyarakat
setempat.
- Papa Roq