Belajar Teknik SEO

Walaupun blog jarang dikemaskini, namun keinginan untuk mendapat ramai pelawat ataupun trafik tetap ada. Siapa tak gembira melihat trafik mencanak-canak dan kedudukan blog di enjin carian nampak segak dan bergaya.
Tetapi untuk mencapai tahap tersebut, pengetahuan dalam teknik  SEO perlu diperhebatkan dan ditambah lagi. 

Tidak boleh sekadar ada keinginan, tetapi tidak ada usaha. 
Oleh itu, pemilik blog telah cuba mengorak langkah dan cuba belajar teknik SEO terkini bagi memperbaiki kedudukan dalam enjin carian terutamanya dalam enjin carian Google yang pastinya No. 1 antara semua enjin carian yang ada.


Antara teknik SEO yang nampaknya ditekankan oleh pakar-pakar SEO hari  ini adalah kepentingan dari segi 'ISI' ataupun content.
Kata kunci yang dititikberatkan adalah 'kualiti' dan 'unik'. 
 Maknanya, bila membuat entri bagi blog pastikan ianya tidak 'sembreno' ataupun hentam-hentam sahaja. Macam blog ni lah! Aduhh...

Lebih baik lagi jika perkataan dieja dengan betul dan grammar dijaga dengan rapi. Ia mungkin beri kesan yang amat kecil, namun dalam persaingan hebat merebut kedudukan terbaik pada enjin carian, hal yang kecil-kecil ini sebaiknya dititik beratkan juga.

Begitu juga dengan isi yang unik. Zaman 'copy and paste' telah pun ditamatkan oleh Google dengan lahirnya Google Penguin yang mengawasi kegiatan plagiat ni.

Plagiat lah beribu-ribu artikel sekalipun dan gunakan lah pelbagai teknik SEO yang lain, namun hasil yang diperolehi pastinya tidak memuaskan.

Satu perkara yang PR pelajari dan rasanya patut dikongsikan bersama adalah soal 'spamming'. Spamming ini tidak lagi terhad kepada spam biasa yang kita lihat iaitu: - Spam menerusi e-mail ataupun spam menerusi komen tidak ada nilai pada blog pemilik laman web. 

Spamming juga perlu dielakkan di laman-laman web sosial seperti Google plus dan Facebook. Berhati-hatilah bila anda 'join' sesuatu kumpulan ataupun halaman di media sosial ini. Pastikan anda cuba melibatkan diri dengan memberi pendapat-pendapat bernas sebelum cuba mempromosikan laman web atau blog anda. 

Ada antara ahli kumpulan yang mungkin rasa marah, lalu 'flag' pautan ke laman web anda sebagai 'spam'. Ini adalah tidak baik  bagi anda dan laman web anda. Kesannya akan anda terasa dalam jangka masa yang panjang bila Google tiba-tiba memberikan 'penalti' kepada anda kedudukan ranking anda jatuh mendadak.

Semua teknik-teknik spamming dan 'black hat' SEO amat perlu dielakkan. Jika ada yang cuba mengajar teknik sebegini, cuba elakkan. Traffik sementara yang anda dapat adalah tidak berbaloi bila anda dikenakan  penalti oleh Google.

Oleh itu berhati-hatilah. dari itu, meletakkan terlalu banyak pautan tanpa 'no-follow' tag pun boleh merosakkan laman web atau blog anda. Google akan melihat anda sebagai penternak link (link farming) atau penjual pautan di blog atau laman web anda. Google tak suka akan hal ini. Oleh itu, kawal-kawal jumlah pautan di blog dan cuba pelajari cara hendak letakkan attribute 'no-follow ini ya.

Pengguna blogspot mungkin lebih senang sikit kerana attribute ini keluar ketika meletakkan link. Tetapi pengguna WordPress kenalah jadi lebih pakar dalam WordPress bagi memastikan hal ini ditangani.

Dengan lahirnya Google Hummingbird, maka media sosial menjadi penting dalam SEO. Namanya pun Hummingbird, maka tentulah ia dikaitkan dengan bunyi-bunyian atau tanda-tanda (signal) yang dihasilkan. Tanda atau 'signal' ini merujuk kepada yang terhasil di media sosial. Oleh itu, lebih banyak pautan anda dikongsikan di media sosial, maka lebih baik untuk SEO anda.

Ini jelas kelihatan pada laman-laman web media yang banyak mendapat tempat dikalangan pengguna internet bagi tujuan perkongsiaan di media sosial. Cuma berhati-hati bila menggunakan media sosial agar tidak dilabelkan sebagai 'spam'.

Seperti yang PR tulis di atas tadi, libatkan diri dalam kumpulan dan sebagainya sebelum meletakkan pautan anda.

Ada banyak lagi teknik SEO yang boleh anda pelajari dan gunakan. PR cuma pilih yang terpenting dan termudah untuk anda praktikkan sahaja. Selain dari itu, kekerapan membuat posting juga baik bagi tujuan SEO. Semoga berjaya dalam mempelajari teknik SEO. All the best!

- Papa Roq