Kegilaan Ayam Nando


Restoren Nando baru dibuka di KK bulan lalu. Setakat ini sambutan amat hangat untuk Ayam Peri-Peri Nando. Walaupun harganya lebih mahal dari KFC dan lebih kurang harga ayam Kenny Rogers, ia tetap tidak menghalang pengemar ayam dari memenuhi restoren ini. At least, buat masa ini lah.

Lihat sahajalah perbarisan pelanggan yang ingin masuk ke dalam restoren Nando di waktu makan tengah hari. Situasi ini terutamanya berlaku semasa hari minggu bila ramai keluarga keluar bersama-sama.


Bagi yang berminat dengan ayam peri-peri Nando, ianya di bahagian basement 1Borneo berdekatan dengan MerryBrown dan Kedai DiGi.

Help me with this Trivia : How young were you when you pretended to be like this?

- Papa Roq