Semua orang tahu bahawa permainan LEGO memang amat mahal
sekali. Walaupun ia menarik dan bersifat mendidik serta merangsang pemikiran,
namun harganya yang mahal membuatkan ramai yang tidak sanggup membelinya. Ia
kini khusus di mainkan oleh mereka yang ber $$$ dan juga mereka yang fanatik dan
sanggup mengumpul wang bagi tujuan membeli permainan ini sahaja. Anak PR
tergolong dalam golongan kedua ini. Ha ha..
Seperti barangan lain yang mahal (iPhone, Galaxy Tab, spare
part kereta dsb), LEGO menghadapi masaalah serangan lanun-lanun cetak rompak.
LEGO ciplak memang banyak dijual berleluasa pada harga yang amat rendah sekali.
Antara LEGO ciplak yang dikesan oleh PR baru-baru ini di
pasaraya adalah LEGO Ninjago yang dijual pada harga RM 49 sahaja. Melihat pada
saiz kotak itu, PR menganggarkan LEGO Ninjago ‘ori’ adalah pada harga RM 260
hingga RM 290 sekotak. Lihat begitu jauh perbezaannya. Cuma lanun-lanun tidak
perlu menampung kos R&D dan promosi yang menyebabkan ianya jauh lebih
murah. Selain dari itu, kualiti antara yang ‘ori’ dan ciplak juga agak ketara.
LEGO Ciplak ini dilabekan atas nama BELLA: Ninja Thunder Swordman. Akan tetapi,
rupanya memang ciplak LEGO Ninjago habis….
- Papa Roq
0 Response to "LEGO Ninjago Ciplak"
Catat Ulasan