Selain dari Magnolia dan Walls, King’s Grand adalah satu
brand ais krim yang popular di Malaysia sejak bertahun lamanya. Cuma diakui
bahawa walaupun ianya sedap, namun King’s Grand sedikit mahal dari Walls dan
Magnolia. Hmmm…
Baru-baru ini King’s Grand membuat promosi yang berupa ‘contest’
bagi menarik ramai orang memakan ais krim ini. Hadiah-hadiah menarik di
tawarkan bagi mereka yang bertuah. Syarat-syaratnya juga mudah bagi mereka yang
berminat.
Bagi PR pula, PR memang suka ais krim King’s Grand terutama
yang berperisa ‘keladi’. Kalau yang vanilla, Walls menjadi pilihan, manakala
kalau coklat pula, yang terbaik pastinya Magnolia. Tetapi kalau nak ais krim
yang kelas sikit, layanlah Baskin Robin .. ahak ahak..
Bagi mereka yang hendak ketahui lebih lanjut mengenai King’s
Grand dan ‘contest’ mereka layari Facebook mereka dan dapatkan maklumat di
sana. Dengan cuaca yang panas sekarang ini, mungkin ramai yang teringin nak
melayan ais krim. Sesuai juga dihidangkan bagi juadah berbuka puasa di bulanRamadhan nanti kan?
- Papa Roq
0 Response to "Jom Makan Ais Krim King’s Grand "
Catat Ulasan