10 Tips Menjana Pendapatan Secara Online


Ramai budak-budak dan makcik-makcik dekat Pasar Besar asyik bertanyakan Papa Roq akan tip ini. Hari-hari depa dok tanya ambo “Bro, macam mana hendak buat duit dari internet.. story lah sikit bro”. Papa Roq pun kesian tengok depa. Ada anak yang baru berusia setahun setengah tu sampai terkencing dalam lampin hatta menunggukan tips dari Papa Roq. Oleh itu, hari ini Papa Roq pun ingin berkongsi pengalaman dan tips menjana pendapatan secara online kepada anda semua. Bagi mereka yang gunakan computer di siber café dan tak cukup kredit untukk membaca keseluruhan artikel, anda bolehlah mencari Makcik Tom, Makcik Elise, Makcik Baby, Tony dan ramai lagi di Pasar Besar untuk maklumat lanjut. Yang sempat baca, ini lah tip-tip terbaik bagi menjana pendapatan secara online.



  1. Anda hendaklah online semasa melakukan aktiviti ini
  2. Anda hendaklah mendapat pendapatan dari aktiviti ini
  3. Sebarang pembelian atas dasar kesian dan terpaksa oleh saudara mara dan sahabat handai tidak dikira sebagai pendapatan online
  4. Menjual sayur di pasar bukanlah pendapatan online
  5. Begitu juga dengan mengutip tin aluminium dan menjualnya kepada Ah Chong bukan juga pendapatan online.
  6. Biarpun anda menggunakan online banking, namun faedah dari simpanan tetap bukanlah pendapatan online
  7. Melabur dalam amanah saham tidak akan menjanakan pendapatan online
  8. Duit raya yang diberi oleh Bill Gates semasa Krismas tidak dikira sebagai pendapatan online
  9. Membeli saham Facebook bukan cara menjana pendapatan online
  10. Lepak di Karaoke dan kopi Dangdut lansung tidak membantu menjana pendapatan online

Sudahkah anda salin semua tip-tip yang diberikan?  Pastikan anda membaca dan menghafalnya setiap hari agar ia dapat membantu anda memperolehi pendapatan online yang lumayan. Maklumat lanjut tidak boleh diperolehi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih.

- Papa Roq

Iklan Memalukan: Menangi iPhone 5 Gadget Impian!