10 Tip Menghalang Hackers Dari Mencerobohi Blog Anda

Kebelakangan ini sering kita terbaca berita-berita berkenaan hacker-hacker yang suka mencerobohi blog orang lain. Kalau setakat hack untuk training tanpa kacau apa-apa tu ok lah, Papa Roq pun tak geram. 
Tetapi bila merosakkan orang lain punya blog/website yang telah susah payah diusahakan, siapalah yang tak geram kan?
Untuk keselamatan ramai, Papa Roq telah pun pergi ke Institut Menjahit Pakaian Yang Tak Siap untuk mendalami ilmu hacking ini.




Berikut adalah tip-tip yang boleh dipraktikan untuk menghalang hackers dari mencerobohi blog anda.

  • Kalau boleh tak payah lah ada blog, so tak boleh hacker nak ceroboh kan?
  • Kalau dah ada blog, tak payah lah ada posting
  • Untuk keselamatan yang lebih power, gunakan username dan password yang teramat susah hingga anda sendiri pun sengsara nak ingat.
  • Tukar username dan password setiap 10 minit
  • Gunakan theme atau templates yang teramat buruk hingga hacker tak ada selera nak hack
  • Untuk menjauhkan hacker muslim, letakkan ayat-ayat Quran dan nasihat agama di blog anda.
  • Tiap-tiap bulan tutup blog dan buat blog baru
  • Upah syarikat sekuriti (IT lah bukan yang jaga kedai) untuk menjaga blog anda.
  • Tulis berita-berita yang baik-baik dan memuji hacker dalam blog/website anda.
  • Jangan upload blog anda di internet, biar jer offline dalam computer anda di rumah.
Begitulah tip-tip yang hebat, lagi jitu yang telah Papa Roq pelajari dari Institut Menjahit Pakaian Yang Tak Siap tersebut. 

Semoga ia memberikan banyak menafaat dan petunjuk kepada anda semua. 

Akhir kata, majulah blogging untuk negara. 

* Note: Just For Laugh, ok

- Papa Roq