Birthday, Musim Hujan, Sekolah Dan Pendekar Bujang Lapok


Hampir sebulan blog ini tak kena upadate, walhal banyak perkara yang berlaku di bulan Januari ini. Tapi tak apa lah blog ni pun kira blog “syok sendiri” – catatan hidup Papa Roq dan anak-anak. So, tak ramai yang minat nak membacanya, apalagi mengikuti perkembangannya. Thanks buat mereka yg sudi datang nak masih komen di blog ini. :D



Birthday
Bulan Januari adalah bulan kelahiran Roq dan Papa Roq. Roq lahir pada 5hb Januari 2009, manakala Papa Roq pada 8hb Januari 197?. Tahun ni tahun ke dua kami sambut birthday sama-sama. Since Roq minat sama “Lightning McQueen”, maka hadiah pun berkait rapat dengan si McQueen jugak. Ka Chowww...! 



Musim Hujan
Sekarang ini musim hujan. Pagi panas macam biasa tetapi petang hujan turun dengan lebat. Mahu jemur kain pun susah wooo... Cuaca yang cam ni jugak buat budak-budak sakit. Roq demam hampir seminggu tak baik-baik lagi. Hopefully dia ok jugak nanti.

Sekolah Dan Pendekar Bujang Lapok
Sepanjang bulan ni Papa Roq and kids struggle nak adjust life lepas cuti sekolah yang panjang. Dah lama tak keluar rumah di waktu gelap gelita dan hantar budak-budak ke sekolah. Roq duduk di nursery aje sepanjang hari sampai pukul 5 atau 6 petang baru kami ambik. Kids punya sekolah sekarang ada kerosakkan, jadi budak-budak ditempatkan di bangunan sementara (lihat gambar bawah). He he teringat cerita Pendekar Bujang Lapok. Cam tu lah kelas diaorang dulu kan. :D


- Papa Roq

Star Wars: The Complete Saga (Episodes I-VI) [Blu-ray]



0 Response to "Birthday, Musim Hujan, Sekolah Dan Pendekar Bujang Lapok"

Catat Ulasan