Tragedi QZ8501: 10 Mayat DiTemui


Lapuran Bernama yang memetik kemaskini dari portal Antaranews.Com menyebut bahawa 10 mayat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas telah dijumpai. Jumlah ini dikatakan telah disahkan oleh ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia atau Search and Rescue Agency (Basarnas), F Henry Bambang Soelistyo. 10 darinya kini berada di Surabaya, manakala 2 lagi kini di Pangkalan Bun. Namun setakat ini hanya satu mayat sahaja telah dikenalpasti iaitu Hayati Lutfiah Hamid, dari Sidoarjo, Surabaya.


Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan yang dikenalpasti sebagai tempat nahas pesawat tersebut dan rakyat seluruh dunia kini tertempu pada tragedi ini selepas tragedi malang pada pesawat MAS, MH17 dan MH370. Pesawat AirAsia QZ8501 yang pada mulanya dilapurkan hilang pada 28hb Disember 2014 adalah dalam penerbangan ke  Singapura dari Surabaya, Indonesia. Setelah usaha mencari dilakukan, pesawat ini yang membawa 155 dan 7 anak kapal disahkan terhempas di Selat Karimata (Laut Jawa).

Pencarian mayat masih diteruskan sehingga semua mayat-mayat dijumpai kelak, insya-allah..

- Papa Roq