Betul Paip Dan Tangki Air Rumah


Paip dan tangki rumah PR rosak. Maka, ia perlu diperbetulkan. Untuk menjimatkan wang, maka operasi perlu dilaksanakan sendiri dengan bantuan seorang rakan yang baik hati. Dengan berbekalkan tangga dan peralatan yang ala-kadar, operasi dimulakan pada pagi hari Sabtu yang lalu. Hari Sabtu sebab cuti. Hari Ahad pun cuti tapi tidak boleh kerana banyak kedai hardware yang tutup. Ok.

Mari mulakan operasi betulkan paip dan tangki air.




Mengenalpasti Kerosakkan
Untuk permulaan, kerosakkan perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Bahagian mana yang bocor atau sudah rosak. Tangki juga di periksa untuk melihat kebersihan air di dalamnya. Selepas semuanya berjaya dikenalpasti, maka bahan gantian perlu cari.  Ia pun disenaraikan dalam buku nota kecil dan kami pun ke kedai hardware untuk membeli alat ganti.


Hardware Shop
Kedai hardware melambak kat area ni. Maka, tak susah nak beli alat ganti. Yang penting sedia duit sahaja. Kami beli paip, kepala paip dan pelampung tangki untuk operasi ini. Dua kedai dimasukki untuk mendapatkan semua barang yang mahu dibeli.

Membetulkan Kepala Paip
Kepala paip diluar rumah ada sedikit kerosakkan. ia agak loose dan menyebabkan air tidak dapat ditutup dengan sepenuhnya.  Dengan menggunakan screw driver kami menutup saluran air sebelum meter paip dan kemudiannya membuka kepala paip untuk ditukar dengan yang baru. Tape putih untuk paip digunakan bagi memastikan ia dipasang kembali dengan ketat. Sekejap sahaja kerja ini. Dalam 15 minit.


Menggantikan Paip Bocor
Selepas kepala paip diluar rumah di tutup dan air tidak dapat masuk sepenuhnya, maka operasi kedua membetulkan paip bocor. Saiz dan panjang paip telah diukur sebelum ke kedai hardware, maka dia dapat dipasang dengan agak mudah. Cuma agak keras untuk membukanya kerana dah lama tidak ditukar.


Membersihkan Tangki Air
Tangki air kami kosongkan dan bawa turun ke bawah. Ia di cuci sebanyak 5 kali bilasan air. Kemudian ia dipasang kembali dan pelampungnya di tukar baru. Operasi tangki ini memakan masa dan kudrat kami. Penat gila ehhh. Lagipun matahari dah naik di kepala, maka panas betul dan buat dehydration. Alhamdullilah ia dapat disiapkan dan dipasang kembali dengan jayanya.

- Papa Roq