Cuti Sekolah - Jom Melancong Ke Singapura


Cuti sekolah semakin hampir tiba. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak pastinya akan menghadapi soalan dari mereka mengenai program musim cuti. Bila dan di mana kita akan pergi semasa musim cuti nanti. Jadi, ibubapa perlulah kena bersedia dari sekarang untuk menjawab soalan itu. Namun, jika tiada bajet ataupun ada tugasan perlu dibuat semasa musim cuti nanti, anda berterus terang sahaja lah dengan anak-anak. Jangan buat keadaan jadi 'complicate'. Ok.

Bagi mereka yang mahu berjalan-jalan masa cuti nanti, apa kata anda semua pergi melancong ke Singapura. Cubalah naiki Singapore Airlines bila ke sana. Cuba sahaja kalau mampu. Boleh buat perbandingan dengan syarikat penerbangan tempatan.


Antara tempat menarik yang boleh di lawati di Singapura termasuklah Universal Studios Singapore, Marina Bay Sands, Singapore Science Centre dan Singapore Flyer yang menjadi tempat 'Feris' terbesar di dunia. Di atas Feris ini, anda boleh lihat keindahan bandar Singapura dengan jelas dan menakjubkan.

Bagi yang minat dengan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan, jangan lupa melawat Singapore Botanical Gardens dan juga Zoo Singapura. Selain dari itu, ada banyak lagi tempat menarik untuk anda kunjungi seperti Boat Quay and Clarke Quay dan Little India Singapore.

Jadi, tunggu apa lagi? Tempah tiket anda sekarang dan mari melancong ke Singapura.

- Papa Roq