Nampaknya majoriti rakyat Malaysia patut melupakan sahaja
hasrat untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia. Dengan kos yang amat
tinggi dan kualiti kerja yang belum tentu memuaskan hati, majikan di Malaysia
perlu berfikir panjang sebelum mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mereka.
Bagi PR, agak jelas, kerajaan Indonesia tidak lagi berminat untuk menghantar
rakyat mereka menjadi pembantu rumah di Malaysia. Dengan peluang yang ada di
sektor lain di negara ini, sektor domestik ini dipandang sepi oleh mereka.
Terbaru dari lapuran akhbar The Star, RM 8,000 adalah yuran
cadangan terbaru untuk membawa pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. Jumlah ini dikatakan meliputi dokumentasi,,
latihan, bayaran ke agensi tertentu dsb. Pembantu rumah ini bagaimanapun tidak
tertakluk kepada Perintah Gaji Minima 2012 yang telah berkuatkuasa di negara
ini.
Maklumat lanjut mengenai hal ini akan dimaklumkan oleh
Kementerian yang berkenaan dalam masa terdekat selepas rundingan lanjut antara
kedua buah negara di buat.
- Papa Roq
0 Response to "RM 8,000 Di Perlukan Untuk Mendapatkan Pembantu Rumah Indonesia"
Catat Ulasan