Tanda Putera Di Pawagam Ogos 2013


Alhamdullillah, setelah menghadapi pelbagai rintangan, filem patriotik dan sejarah, Tanda Putera akhirnya akan menemui kita semua di pawagam bermula 29 Ogos 2013 nanti. Filem yang menjadi kontraversi arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu sebenarnya memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969. Ia sepatutnya ditayangkan kepada umum tahun lalu, namun terdapat pihak-pihak yang cuba memboikot filem ini dan mengatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.

Akan tetapi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek hari ini mengesahkan filem Tanda Putera bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan. Kenyataan itu dibuat selepas membuat lawatan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Ahmad Shabery menerusi laporan akhbar pada Khamis lalu menggesa pihak Finas agar membenarkan filem ditayangkan. Katanya, dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan mengenai kisah sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969.

Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).  Biarpun lambat, namun kita bersyukur kerana filem yang bakal memperingatkan kita tentang sejarah dan penting nya keamanan dikekalan akhirnya mendapat 'green light' dari pihak-pihak yang berkenaan.

- Papa Roq

0 Response to "Tanda Putera Di Pawagam Ogos 2013"

Catat Ulasan