Berjumpa Gadis Percuma


PR terjumpa iklan di atas di Star Online semasa membaca berita mengenai kacau bilau di Turki. Ia adalah iklan Google, so ada kemungkinan anda tidak berjumpa lagi iklan ini di sana bila melawat Star Online. Agak curious dengan perkataan yang digunakan "Berjumpa Gadis Percuma". Ya lah, Papa Roq tak pernah guna online dating services, jadi tak tahu lah samada online dating ini percuma atau tidak. Selama ini, PR fikir syarikat online dating buat duit melalui pengiklanan sahaja. Hmmm..



Anyway, iklan ini jika di klik akan membawa ke laman web LoveTime.Com. Ia tidak berpusat di Malaysia, malahan alamat untuk dihubungi pemilik laman web terletak di Thailand, Cambodia dan Russia. Mengikut, Yoodleapp.Com, laman web "Berjumpa Gadis Percuma" atau LoveTime.Com ini menggunakan khidmat GoDaddy.Com sebagai hosting mereka dengan server terletak di AS. Daily page view laman web ini dianggarkan hampir ke 5 juta sehari dengan Daily Unique Visitors kira-kira 600,000. Alexa pula menggangarkan 4.9% pengunjungnya datang dari Malaysia. Ia paling kerap di lawati pengunjung dari India iaitu seramai 24.4%.

- Papa Roq

0 Response to "Berjumpa Gadis Percuma"

Catat Ulasan