10 Sebab Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Himpunan 505

 
Amoi cute pun ada wehhh...
Himpunan 505 ataupun 'Blackout 505' ada himpunan atau demo yang didalangai oleh Ketua Pembangkang sebagai satu protes terhadap keputusan pilihanraya umum yang telah berlangsung pada 5hb Mei yang lalu. Selepas tewas dalam pilihanraya tersebut, Ketua Pembangkang mendakwa terhadap penipuan yang berlaku sehingga membolehkan perikatan Barisan Nasional memenangi pilihanraya. Antara insiden-insiden yang dikaitkan dengan penipuan termasuklah kononnya terdapat rakyat negara asing (Bangladesh) yang di bawa masuk untuk mengundi dan insiden blackout di beberapa pusat pilihanraya. Isu dakwat kekal juga digunakan bagi menguatkan dakwaan bagi mengajak rakyat berhimpun dan berdemo.

Beberapa buah tempat di beberapa buah negeri telah pun mengadakan Himpunan 505 ini. Ini termasuklah di Pulau Pinang, Pahang dan Selangor. Sesuai dengan nama alternatif Himpunan 505 iaitu Blackout 505, ramai yang hadir memakai baju berwarna hitam bagi melambangkan insiden 'blackout' yang menjadi isu awal yang mengheret kepada dakwaan penipuan pilihanraya.Terdapat juga pihak-pihak yang mengambil inisiatif mencetak baju khas berwarna hitam bagi Himpunan 505.
Bagi mereka yang belum menghadiri mana-mana Himpunan 505, anda boleh juga pergi ke sana bila ia dibuat berhampiran dengan tempat tinggal anda. Masuk adalah percuma dan resiko adalah ditanggung sendiri memandangkan kebanyakkan himpunan ini adalah Himpunan Haram yang tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Jika anda perlukan sebab untuk menghadiri Himpunan 505 ini, berikut adalah 10 sebab yang PR boleh bagi untuk anda. Siapa-siapa yang ada idea lain yang mahu di tokok tambah, sila kemukakan di kotak komen. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu hadir ke Himpunan 505:


  1. Anda seorang wartawan atau blogger yang mahukan bahan untuk artikel atau blog anda. (Jangan lupa bawa kamera yo).
  2. Anda adalah fanatik Ketua Pembangkang dan mahu melihat perut lagendanya dengan lebih jelas dan dekat.
  3. Anda tidak dapat menyaksikan rancangan Astro menarik pada malam itu kerana takut nak mintak remote Astro dari bini.
  4. Anda peminat puisi dan hadir ke sana untuk mendengar puisi A. Samad Said.
  5. Anda ingin merasakan suasanan konsert yang ada ribuan penonton.
  6. Anda berharap artis-artis seperti Aishah dan Dayangku Intan turut sama membuat persembahan bagi memeriahkan majlis.
  7. Anda berharap dapat baju Himpunan 505 ataupun 'Blackout 505' free kat sana.
  8. Anda sesat dan harap ada di antara ribuan orang di sana boleh tolong tumpangkan anda balik rumah
  9. Anda teringin di tangkap polis dan di masukkan dalam lokap
  10. Anda memang bangang.
Ok, rasanya ada banyak lagi sebab yang boleh ditulis. Tapi cukup lah PR tulis 10 aje yek. Bagi mereka yang akan ke Himpunan 505, selamat pergi dan pulang ok. Take care and enjoy kalau boleh!

- Papa Roq

0 Response to "10 Sebab Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Himpunan 505"

Catat Ulasan