Untuk menjimatkan kos firma, maka Papa-Roq dengan rendah diri menawarkan diri untuk menghantar surat-surat saman kepada defaulters pinjaman bank! Jadi tak perlu lah bayar kos nya kepada "Process Servers" yang nilai dalam lingkungan RM 150 to RM 200 setiap saman. Kadang-kala depa tak dapat cari orangnya, maka terpaksalah keluarkan kos lagi untuk buat "Substituted Service". Walaupun kos ini sebenornya di tanggung oleh peminjam, namun sebagai firma yang simpati nasib orang lain, kami akan cuba mencari anda, walau di mana anda berada. So, jangan terkezut bila Papa-Roq berada di depan pintu rumah anda. Jangan marah dan sediakan kuih yang sodap-sodap.. kita cite-cite!
Papa-Roq taklah besar sangat - tinggi lebih kurang 5 kaki 11 inci. Tinggi sikit dari Wayne Rooney. Badan nampak macam "tough" (macam aje!). Tengok gambar di bawah.
Papa-Roq taklah besar sangat - tinggi lebih kurang 5 kaki 11 inci. Tinggi sikit dari Wayne Rooney. Badan nampak macam "tough" (macam aje!). Tengok gambar di bawah.
Namun ia masih dapat mengerunkan ramai orang sebab so far tak adalah orang yang marah-marah atau ajak Papa-Roq bertumbuk bila Papa-Roq serah surat saman kepada mereka biarpun mereka tak puas hati di saman oleh bank! Cuma yang hairannya dalam bab mencari orang-orang ni, ada yang pikir Papa-Roq ni TUKANG TARIK KERETA! Balik-balik statement di bawah muncul dari mulut mereka, biarpun Papa-Roq cuma tanya sepolan bin sepolan ni rumahnya di mana? atau opis nya di mana?
"Di sanaaa... rumahnya. Ada banyak kereta yang ber tapuk (sembunyi) di sanaaa... takut kena tarik sama bank".
Ehhh... bila masa lak Papa-Roq cakap yang Papa-Roq mahu cari kereta daaa.... Kita tanya orang tu tinggal kat mana, dia tambah-tambah bagitahu pasal kereta lak.. ho ho..!
Bab mencari opis orang pula, bagus kalau handphone ada internet macam handphone Papa-Roq. Lebih mudah dan cepat. Korang pun sure tahu apasalkan? Kalau tak jumpa opis depa, tekan tekan tekan... terus keluar info di handphone. Senang sikit kerje....! Tapi ingat - Papa-Roq bukan tukang tarik kereta tau!. Salam.....
Papa-Roq @ Blogger.Com
0 Response to "Legally Roq | Ambo Bukan Tukang Tarik Kereta!"
Catat Ulasan