Panduan Lengkap Temuduga


Pertamanya, PR nak tanya, korang semua tahu tak berapa ramai yang menggangur zaman ni? Yang ada diploma, ijazah malah Master pun hari-hari hantar resume/cv untuk mendapatkan kerja tetapi tak dapat. Bayangkan lah yang education kereng sikit tu (with due respect). Oleh itu, kalau korang dapat panggilan untuk temuduga, korang hendaklah BERSYUKUR banyak-banyak dan buat persediaan sebaiknya. Hendak kena shortlisted dan dipanggil temuduga pun susah sekarang ni, apalagi hendak dapat kerja. Maka, kalau dah dipanggil, make sure korang usha penemuduga baik-baik.


Untuk tip dan panduan terbaik, BACA buku "Panduan Lengkap Temuduga" ni...


Panduan Lengkap Temuduga


Bagi PR bila menghadapi temuduga, kita kena bersedia dari segi:-
  1. Physical Appearance
  2. Knowledge
Pysical Appearance ini maksudnya korang kena lah dressing atau berpakaian dengan cara betul dan menarik serta sesuai dengan tempat kerja. Jika perlu pinjam baju, kasut, tali leher dan sebagainya sebab tak ada, pergi buat muka tebal dan pinjam dulu. Jangan menyesal nanti bila penemuduga awal-awal lagi sudah prejudis terhadap anda. Korang nak bising-bising cakap depa tak adil pun tak guna sebab itu hak depa untuk memilih yang dirasakan sesuai dengan kehendak syarikat dan tak semestinya terbaik! Skadusshhh...



Satu lagi yang PR notis masa jadi HR Manager dulu ialah mat-mat (biasanya lah. Awek-awek selalu lebih bersedia :D ), datang tanpa persediaan. Diaorang ingat PR nak tanya pasal latar belakang diri dia atau apa jiran dia buat hari ni ke? Puii.. Kalau hang apply kerja admin, korang mesti tahu selok beloknya, begitu juga kalau apply kerja technician. Kalau orang soal, sekali petik hang boleh jawab! Bagus juga hang buat reserach pasal company yang korang apply kerja tu. Kalau boleh sediakan soalan berkaitan company tu untuk tunjuk hang betul-betul minat keja kat situ. 

Ingat yang apply RAMAI!! Benda-benda yang kecik-kecik pun korang kena jaga..

Kedua, keyakinan diri mesti ada dan buangkan sikap malu. Suara tu kasi keluar dan jangan macam bercakap dengan BF atau GF. Tunjukkan kematangan dan karisma anda, terutama yang mahu kerja kolar putih dan mengidam jadi boss.

Ketiga, polish sikit Bahasa Inggeris kalau boleh ya. Banyak syarikat dan agensi kerajaan zaman ni dah mula buat temuduga dalam Bahasa Inggeris, terutama yang berjawatan tinggi sikit. Jangan lah tunjukkan korang punya English tu tahap SPM "D" ke bawah, walhal graduan universiti.

Akhir sekali, baca buku panduan dan maklumat terkini tentang temuduga. Kena invest sikit untuk masa depan. Tak boleh main redah aje. Competition tu yang sengit! Bukan macam dulu-dulu, keluar U, kerja terus tunggu. 

Panduan Lengkap Temuduga


Untuk tip dan panduan terbaik, BACA buku "Panduan Lengkap Temuduga" ni...

- Papa Roq