Beli LEGO Murah Di Sunday Market Gaya Street


Kelmarin PR ke Sunday Market Di Gaya Street Kota Kinabalu. Kami memang suka membeli-belah di sana sebab banyak barang-barang yang murah dan susah hendak di cari di kedai-kedai biasa. Tambahan pula, ada dijual juga binatang peliharaan yang cute sangat macam arnab, hamsters, burung-burung dan sebagainya yang menggembirakan anak-anak PR.

Pelajari Cara Menambah Ketinggian DI SINI

Bukan kami mahu beli pun. Cuma suka tengok-tengok sahaja dan bermain dengan mereka. Cuaca kelmarin memang agak baik - tidak panas dan tidak juga hujan biarpun mendung di awal pagi. Kami bawa juga payung sebagai persediaan. Nampaknya tidak diperlukan.

LEGO Murah Di Sunday Market
Satu yang pasti bila pergi ke Sunday Market, si Roq pastinya akan mintak beli LEGO murah kat sana. Ya lah dia pun tahu  kalau pergi ke Toys R Us, saya takkan belikan sebab dia kecil dan tak pandai hendak jaga barang mahal macam LEGO ori.Untuk standard dia, main LEGO murah Sunday Market Gaya Street dulu. Bila dah besar nanti, baru boleh citer pasal LEGO ori. 



Ada banyak LEGO Avangers (ciplak lagi murah) kat sana. Ada Iron Man, Captain America dan lain-lain lagi. Ada juga LEGO Chima dan LEGO City. Tapi nama di kotak lain lah. Funny pun ada bila tengok dia kasi nama tu. Asalkan ada lah labu. :D

Akhirnya Roq pilih LEGO Iron Man. Satu kotak LEGO mini-feg Iron Man + kenderaan dia baru RM 5. Kalau yang ori boleh sampai RM 40 ++ tau.

Pelajari Cara Menambah Ketinggian DI SINI

Seperti biasa, wife PR dan anak-anak yang banyak shopping. PR suka tengok-tengok sahaja dan beli kopi. Paling-paling pun layan Roq main dengan kucing, hamsters dan LEGO. Pergi Sunday Market ni tak boleh selalu. Nanti boring pulak. Ya, lah peniaganya sama aje. Jadi sebulan atau dua bulan sekali tu kira ok lah.

- Papa Roq