Hot FM AmKrew Hambar Tanpa FBI?


PR fikir PR ‘the only one’ yang rasa begitu. Tapi nampaknya lain-lain pun dah bersuara termasuk Yang Outspoken, Sultan Melaka @RajaNoorJanShah. Bukan hendak mengutuk dan merendahkan kemampuan @Fizie_hotfm dan @AGHotFM mahupun @REALFAFAU, cuma ianya hanya komen jujur yang harap diambil dengan positif oleh Hot FM. Ini kerana jika Hot FM tidak berbuat sesuatu, nascaya ia akan kehilangan ramai peminat di slot pagi yang rasanya punyai paling ramai pendengar. 

Yang nyata @Fizie_hotfm dan @AGHotFM tidak mempunyai atau belum punyai personaliti selamba FBI yang jenakanya agak spontan. Lama-lama mungkin mereka akan improve tetapi jika terlalu lama, maka hilang lah HOT di Hot FM lagi. Ramai akan bertukar ke siaran lain seperti Era dan Hitz. @REALFAFAU pula sejak ketiadaan FBI agak tidak keruan dan adakalanya sedikit ‘terOver’. Mungkin dia bersungguh-sunggup cuba cover yang lain-lain, namun kureng menjadi. 


Apa-apa pun ini cuma pendapat sahaja. Orang lain mungkin suka gak kat @Fizie_hotfm dan @AGHotFM tu. 

- Papa Roq