Kedai Second-Hand Parts Untuk Kereta Anda


Bagi mereka yang mempunyai kereta yang sudah agak lama, pasti merasa payah sedikit dalam hal ehwal 'maintenance' kereta. Ya lah, dah tua dah pakcik tu, banyak parts yang sudah rosak dan perlu digantikan dalam semasa ke semasa. Cuma bagusnya kereta lama ini ialah kurangnya tanggungan bulan-bulan ataupun tiada hutang bank lagi. Kedua pula, bila kereta dah lama dan dah ramai orang pakai, biasanya lebih banyak mekanik yang boleh 'repair' kereta itu. Cuba kereta baru yang modelnya pun masih baru. Kalau hang hantar sebarangan mekanik, hancuss kereta hang. Caya lah cakap pakcik ni!



Seperti yang dikatakan tadi, kereta lama nya kalau rosak biasanya sebab kena tukar parts dalam kereta yang dah tak boleh pakai lagi. Mungkin clutch lining ker, absorber ker, timing belt ker dan lain-lain lagi. Bila dah masa nak tukar tu, kena tukar lah. Beli yang ori tau. Jangan beli yang tiruan, made in china atau thailand.Jahanam kereta hang, sendiri tanggung lah.
Selalunya part yang perlu ditukar harus diganti dengan yang baru. Namun, ada juga part tertentu yang tak perlu ditukar baru. Misalnya, enjin kereta kalau dah hangkang sebab hang tak jaga minyak hitam, boleh ditukar dengan yang second-hand. Begitu juga dengan coil api dekat plug kereta tu. Barang-barang ni jarang rosak. Nasib korang lah kalau dia rosak. Oleh sebab dia jarang rosak, stock nya tak banyak di kedai dan harganya pun mak oiii mahal giler!

PR tak galakkan anda beli barangan tiruan biarpun jauh lebih murah dari ori. Daripada anda beli barangan tiruan tu, bagus anda spend sedikit masa di kedai second-hand dan cari yang second-hand tapi ori.

Kedai-kedai second-hard parts kereta ini biasanya besar dan merupakan gudang juga. Oleh itu, dalam kawasan bandar tak jumpa lah dia. Cari kedai-kedai ini di pinggir bandar ataupun di kawasan perindustrian yang ada banyak gudang-gudang. Biasanya banyak terdapat kereta-kereta potong (bekas accident) di depan kedai second-hand ni.

Download PANDUAN BELAJAR MEMANDU KERETA DI SINI

Sebelum beli, bawa sekali part kereta anda yang rosak tu. Pastikan ia sebijik dengan yang anda hendak beli sebab:-
  1. Tokey kedai tu pun bukan jujur sangat
  2. Kadang-kadang part kat sana pun tiruan juga. Pastikan anda dapat yang ori.

Selepas runding harga (dapatkan serendah mungkin), pastikan ada waranti sekurang-kurang nya satu hari. Adakalanya benda tu dah rosak tetapi kita tak tahu sebab belum cuba kat kereta kita lagi. Jadi mintak resit dan mintak waranti dan terus pergi pasang di kereta kita untuk pastikan ia masih ok lagi.

Download PANDUAN BELAJAR MEMANDU KERETA DI SINI

Papa Roq pernah beli coil di kedai second-hand yang ori dulu. Sepasang coil ini harganya RM 300 (second-hand). Kalau beli yang ori yang baru di kedai pula harganya RM 1,400. Lepas tu kena tunggu 2 minggu untuk order dari kilang. Jadi, yang pakai kereta-kereta lama, belajar-belajar lah ke kedai second-hand. OK.

- Papa Roq