Bantuan PerSekolahan RM100 Untuk Tahun 2013


Semenjak 15hb Januari yang lalu, kerajaan telah menyalurkan bantuan Persekolahan RM 100 kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara. Bantuan ini adalah sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I dalam pembentangan bajet 2013 bulan November lalu. Objektif yang mahu di capai adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember iaitu sebelum sekolah di buka. Sebanyak RM RM498 diperuntukkan bagi tujuan ini dan ia adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.

Pihak sekolah diingatkan agar mengagihkan bantuan persekolahan RM 100 ini seberapa segera dan sebelum bulan Februari 2013. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.

Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka...tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal.. Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini - Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sementara itu, Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran membelanjakan RM3.8 bilion tahun lepas untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pelajar di seluruh negara. Jumlah itu, katanya, membabitkan perbelanjaan bagi biasiswa pendidikan, rancangan makanan tambahan, susu 1Malaysia, bantuan buku teks serta bantuan tuisyen. “Kerajaan turut memberi subsidi hampir 100 peratus untuk makanan di asrama harian dan asrama penuh manakala tidak mengenakan sebarang bayaran untuk asrama desa,” tambahnya lagi.

Akhir kata, anda sudah dapatkah Bantuan PerSekolahan RM100? Jika belum, cuba-cuba lah tanya pihak sekolah ya. Rugi kalau tak tuntut. :D

- Papa Roq