10 Tips Terhebat Untuk Menjadi Pemain Bolasepak Yang Handal


Anda mahu menjadi pemain bolasepak yang handal? Macam Cristiano Ronaldo? Macam Leo Messi? Akan tetapi anda tidak tahu caranya. Hendak bertanya pula, tiada siapa yang mahu bantu dan anda gitu-gitu sahaja lah sepanjang masa. Namun, hilangkan kerisauan anda itu kerana di sini Papa Roq akan cuba membantu anda dengan tip-tip yang hebat dan bakal membaiki skill dan prestasi permainan anda ke tahap yang lebih tinggi. Di hasilkan melalui ujikaji dan temu janji dengan pelajar-pelajar wanita di universiti-universiti tempatan dan antarabangsa. Berikut adalah 10 tips terhebat untuk menjadi pemain bolasepak yang handal:


  1. Berlatih bermain bola dan bukannya berlatih main ping pong.
  2. Jangan bawa raket badminton semasa bermain
  3. Gunakan bolasepak dan bukannya bola rugbi semasa berlatih
  4. Jangan berlatih di dalam kolam renang
  5. Jangan gunakan kasut tumit tinggi wanita ketika bermain
  6. Jadikan Messi sebagai idola dan bukannya Roger Federer
  7. Jangan biarkan diri anda obes dan gemuk macam Big Show
  8. Jangan hutang dengan Ah Long, nanti kena potong
  9. Selalu lakukan senaman Harimau bagi mendapatkan semangat Harimau Malaya
  10. Anda tidak akan improve jika asyik bermain FIFA 2012 
Ok, amacam? Best tak semua tip-tip yang diberikan. Untuk maklumat lanjut Papa Roq akan membuat satu e-book bagi tip-tip bola ini. Sekian terima kasih.

- Papa Roq

Sponsored Link: Menangi iPhone 5 Gadget Impian!.