Papa Roq akan ke Jakarta buat beberapa hari atas urusan peribadi. Rancangan ke Jakarta..hmmm tak pernah buat, akan tetapi bila ada rakan yang mempelawa Papa Roq, maka kesempatan ini tidak ditolak pula oleh Papa Roq. Kebanyakkan Money Changer di Kota Kinabalu buat masa ini menjual rupiah pada kadar 2882.0 per RM1 duit Malaysia. Maka RM 1000 duit Malaysia bersamaan dengan 2,882,000 Rupiah. Jutawan ehhh! :D Harap-harap ada banyak Rupiah 100,000 banyak di Money Changer. Kalau tidak, tebal lah poket membawa Rupiah.
Kami ada booked secara online hotel di Jakarta. Since kami kurang arif dengan hotel di sana, maka kami pun booked hotel yang bagus sikit di hari pertama (just to be safe). Lagipun, kami dijadualkan tiba pada waktu malam, oleh itu kami tidak mahu buang banyak masa mencari hotel. Bagi bilik dengan “twin bed”, bayaran yang dijelaskan secara online adalah RM 179 (termasuk cukai, etc.). Mungkin malam pertama tu nanti, kami dok tidur dan rehat jer di hotel. Second day baru jalan-jalan.
Since Papa Roq akan ke sana, maka mungkin banyak entri akan dimasukkan dalam blog yang sepi tanpa pembaca ini. Probably yang baca Papa Roq sorang ajer.. ahak ahak. Doesn’t matter sebab Papa Roq memang anggap blog ini ibarat personal life journal buat Papa Roq. So, tiada pembaca pon tiada kisah. Ok, itu sahaja coretan hari ini. Happy Chinese New Year.
- Papa Roq


