Semasa kecil dulu, PR juga meminati MJ. Siapa yang tak tertawan dengan moonwalk dan tarian Beat It zaman tu? Semua orang mahu menari ala MJ dan pakai seluar senting dengan jambul di depan. Alahai demam MJ masa tu jauh lebih hebat dari demam Justin Bieber :D So, masa MJ meninggal dulu, PR pon tumpang sedih gak. Kagum betul dengan bakat seninya. Something yang mungkin tak diketemui lagi di masa akan datang.
Setelah lebih dua tahun kematiannya, kini diputuskan bahawa beliau telah dibunuh oleh doktor peribadinya sendiri iaitu, Dr Conrad Murray. AT least, itulah ketetapan yang telah dibuat di mahkamah di AS selepas perbicaraan Dr Conard Murray berakhir semalam. Dr Conard dikatakan telah memberikan dose anaesthetic yang berlebihan sehingga mengakibatkan kematian MJ dua tahun yang lalu. Beliau kini menunggu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya dan boleh dipenjarakan maksima selama 4 tahun. - Papa Roq
Maklumat lanjut di Metro, UK.
- MJ DiBunuh Doktornya Sendiri?



