"Smokin' Joe" Frazier yang terkenal dengan pertarungan hebatnya dengan lagenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia semalam akibat sakit kanser. Beliau meninggal pada usia 67 tahun dan disahkan oleh jurulatih peribadinya, Leslie Wolff. Name Joe Frazier mula terkenal apabila memenangi pingat emas buat AS pada tahun 1964 di Sukan Olimpik di Tokyo. Namun, kehebatannya mula terserlah bila berjaya menumbangkan Ali dan memegang kejuaraan heavyweight dunia dari tahun 1973. Pada tahun 1975, Farzier dan Ali bertarung di Filipina dalam satu pertarungan paling hebat dalam abad ke-20 dan digelar "The Thrilla in Manila". Ia sentiasa diingat oleh ramai peminat tinju diseluruh dunia. Joe Frazier bersara pada taahun 1976 selepas tewas kepada George Foreman. R.I.P Joe Frazier – Papa Roq
- Joe Frazier Meninggal Dunia


