Champion League Final 2011 | Barca Juara, Papa Roq Kecewa


Keputusan perlawanan akhir Champion League 2011 telah pun diketahui dan Barcelona telah pun dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan Manchester United dengan 3 - 1. Papa Roq yang menyaksikan perlawanan dengan puluhan peminat bola yang lain di kedai makan, amat KECEWA sekali dengan kekalahan Manchester United. Namun, Papa Roq terpaksa akui yang Barcelona layak menang berdasarkan persembahan yang mereka pamerkan pagi tadi. Lionel Messi sekali lagi menjadi pemusnah dengan gol hebat dan Xavi memang hebat dengan hantaran-hantaran yang tepat dan merobek pertahanan Manchester United.

Papa Roq harap pemain-pemain Manchester United tidak patah semangat dan cuba lagi tahun hadapan. Pengalaman yang baik juga buat beberapa pamain-pemain muda seperti Fabio Da Silva, Javier Hernandez dan Nani. Kesian Van Der Sar bersara tanpa hadiah yang paling hebat iaitu kejuaraan Champion League 2011. Still, Glory Glory Man Utd. See ya next season.:D

- Papa Roq