Bapa Borek, Anak Rintik?

Dalam membesarkan anak-anak, kita sering lupa yang anak-anak kita semakin dewasa setiap hari. Sering (atas rasa kasih sayang), kita cuba memberikan yang TERBAIK untuk anak-anak kita dengan membuat pilihan bagi mereka. Sekolah kita pilih, baju kita pilih, makan kita pilih, kawan-kawan pun kadang-kadang kita tapis :D . Namun, kita tidak mampu menghalang mereka dari menjadi dewasa dan memilih apa yang mereka mahu dan apa yang mereka suka. 

Baru-baru ini ketika memilih baju di kedai, anak saya bertanya kepada “Can I choose myself?”. Selama ini dia tak kisah jika saya pilih dan saya pun dah terbiasa memilih untuknya. Kali ini bila dia berkata begitu, saya jadi tersentak dan sedar anak saya dah berumur 11 tahun. Mungkin dia pun mahu segan dengan pakaian yang saya pilih kot? :D . Anyway, saya benarkan juga. Lihat baju yang dia pilih... Hmmm... “Like Father Like Son...”


- Papa Roq